23 Januari 2017

Kejohanan Bola Tampar MSSD Sabak Bernam Tahun 2017

Kejohanan Bola Tampar MSSD Sabak Bernam bagi tahun 2017 telah berlangsung pada 23 Januari 2017 bertempat di SMKA Tun Rahah. Pada tahun ini SAMTAJ hanya menghantar satu pasukan sahaja iaitu pasukan perempuan. Walaupun tidak berjaya untuk melayakkan diri ke peringkat akhir, pasukan ini harus dipuji kerana mereka telah menunjukkan kesungguhan dan semangat kesukanan yang tinggi semasa bertemu dengan pasukan dari SMK Sungai Besar dan SAM Sungai Haji Dorani. 

Selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan bola tampar SAMTAJ. Teruskan berlatih, bersedia untuk bertanding dan memperoleh kejayaan pada tahun hadapan.

Pasukan bola tampar SAMTAJ bergambar bersama jurulatih, Cikgu Khadijah

SAMTAJ vs SMK Sungai Besar