19 Januari 2017

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Tahun 2017

Kejohanan merentas desa peringkat sekolah bagi tahun 2017 telah diadakan pada 19 Januari 2017 (Khamis) melibatkan 4 buah firqah (rumah sukan) iaitu firqah Abu Bakar merah, firqah Umar kuning, firqah Uthman hijau dan firqah Ali biru)

Sebelum acara dimulakan, semua murid berkumpul di dataran sekolah untuk aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh guru dan beberapa orang murid. Acara pada hari tersebut berjalan dengan lancar dengan bantuan pegawai polis, guru-guru dan ahli PBSM. Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang yang bakal mewakili sekolah ke peringkat MSSD.