2 Januari 2017

Pendaftaran Murid Tingkatan 1 Tahun 2017

Pendaftaran murid tingkatan 1 bagi tahun 2017 telah diadakan pada 2 Januari 2017 serentak dengan pendaftaran murid tingkatan 2, 3, 4 dan 5. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan murid tingkatan 1 bersama ibu bapa / penjaga masing-masing dan selamat menjadi sebahagian dari warga SAMTAJ. Tidak lupa diucapkan 'Selamat Kembali ke Sekolah' kepada murid tingkatan 2, 3, 4 dan 5. 

Bagi murid tingkatan 1, mereka terlebih dahulu menyemak senarai nama dan kelas yang telah ditetapkan sebelum proses pendaftaran dibuat di kelas 1 Firdaus, 1 Ma'wa dan 1 Naim. Setelah proses pendaftaran selesai, murid berjalan ke koperasi untuk membeli keperluan sekolah. Pendaftaran asrama juga diadakan pada hari yang sama melibatkan murid yang menerima tawaran asrama oleh pihak sekolah.

Semakan senarai nama murid mengikut kelas

Guru-guru yang bertugas di meja pendaftaran

Proses pendaftaran murid tingkatan 1 Naim

Beratur untuk membeli keperluan sekolah di koperasi SAMTAJ

Pembayaran yuran koperasi

Pendaftaran asrama

Taklimat ibu bapa / penjaga di surau sekolah