1 Januari 2017

Selamat Kembali Ke Sekolah

Tarikh 3 Januari 2017 merupakan hari pertama bagi sesi persekolahan bagi tahun 2017. Kami warga SAMTAJ Sungai Besar ingin mengucapkan Selamat Datang kepada murid tingkatan 1 yang mendaftar masuk ke sekolah ini pada 2 Januari 2017.  

Tidak lupa juga ucapan Selamat Kembali Ke Sekolah kepada murid tingkatan 2, 3, 4 dan 5. Belajarlah bersungguh-sungguh untuk tahun 2017 ini. Semoga kejayaan sentiasa bersama kita. Amin.