20 Januari 2017

Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pustakawan & Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun 2017

Majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas sekolah, pustakawan dan pembimbing rakan sebaya (PRS) bagi tahun 2017 telah diadakan pada 20 Januari 2017 (Jumaat) bertempat di dataran SAMTAJ. Acara dimulakan dengan perbarisan masuk ketua dan penolong bagi unit-unit berikut :

1. Pengawas sekolah
Ketua : Muhammad Shafiq bin Mohamad Hairi
Penolong : Nur Azrin binti Mohd Azhar

2. Pustakawan
Ketua : Nor Izzati Balqis binti Sarimin
Penolong : Muhammad Haziq bin Mohd Nazri

3. Pembimbing rakan sebaya (PRS)
Ketua : Muhammad Adli bin Jalaludin
Penolong : Intan Iewanina binti Mohd Suhaimi

Majlis diteruskan dengan perbarisan masuk oleh pengawas sekolah, pustakawan dan pembimbing rakan sebaya yang lain. Kemudian, setiap unit membacakan ikrar dan melaungkan moto unit masing-masing.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis tersebut :

Perbarisan masuk pengawas sekolah

Ketua dan penolong pengawas sekolah

Pandangan dari atas

Penyerahan watikah pelantikan kepada ketua pengawas sekolah

Penyerahan watikah pelantikan kepada ketua pustakawan

Penyerahan watikah pelantikan kepada ketua PRS

Bacaan ikrar oleh pengawas sekolah

Bacaan ikrar oleh pustakawan

Bacaan ikrar oleh PRS