10 Februari 2017

Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah

Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah telah diadakan pada 10 Februari 2017 (Jumaat) bertempat di dataran SAMTAJ. Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah, kemudian diikuti dengan bacaan doa dan ikrar murid yang diketuai oleh ketua umum. 

Program Jom Ke Sekolah merupakan program kolaboratif di antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PSS) di semua sekolah KPM.

Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan KPN PDRM oleh Inspektor Rodziah dan bacaan perutusan KPPM KPM pula telah disampaikan oleh tuan pengetua dan kemudian merasmikan pelancaran Program Jom Ke Sekolah. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati dari pihak sekolah kepada Pegawai Perhubungan Sekolah (PSS), Inspektor Rodziah.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis pelancaran tersebut :

Suasana majlis pelancaran

Murid lelaki

Barisan VIP  yang duduk di hadapan murid

Guru lelaki

Guru perempuan

Bacaan perutusan KPPM KPM oleh tuan pengetua

Perasmian Pelancaran Program Jom Ke Sekolah

Pelancaran Peti Aduan Disiplin Murid

Tuan pengetua bersama barisan PK, Inspektor Rodziah dan YDP PIBG

Penyampaian cenderahati kepada  Inspektor Rodziah.

Banner dan Peti Aduan Disiplin Murid