3 Februari 2017

Majlis Pelancaran Program SUMUR, Mentor-Mentee & Pelantikan BADAR 2017

Majlis Pelancaran Program SUMUR, Mentor-Mentee dan Pelantikan BADAR bagi tahun 2017 telah diadakan pada 3 Februari 2017 (Jumaat) yang bertempat di dataran SAMTAJ. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan perasmian telah disampaikan oleh PK HEM selaku wakil pengetua.

Suasana majlis yang diadakan di dataran SAMTAJ

Murid lelaki

Barisan AJK BADAR (lelaki)

Barisan AJK BADAR di hadapan murid perempuan

Guru perempuan

Guru lelaki

Perasmian Program SUMUR
Selesai upacara perasmian, wakil murid memakaikan button 'Guru Penyayang' kepada semua guru sebagai simbolik bermulanya program mentor-mentee bagi tahun 2017.

Ketua Pengawas memakaikan button kepada PK HEM

Ketua kelas 2 Firdaus memakaikan button kepada cikgu Habli

Penolong ketua kelas 2 Naim memakaikan button kepada cikgu Norazrina

Penolong ketua kelas 3 Firdaus memakaikan button kepada cikgu Mahrani
Majlis diteruskan dengan penyerahan watikah pelantikan AJK BADAR kepada murid yang terlibat. Diharapkan agar AJK BADAR yang telah dilantik akan melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan memberikan contoh yang baik kepada murid lain.

Penyerahan watikah pelantikan AJK BADAR oleh PK HEM

Wakil murid menerima watikah pelantikan AJK BADAR