1 Februari 2017

Perjumpaan Kokurikulum Badan Beruniform Kali Ke-5 Tahun 2017

Pada 1 Februari 2017 (Rabu) merupakan perjumpaan kali ke-5 bagi semua Badan Beruniform sekolah yang terdiri dari Kadet Bomba dan Penyelamat, Kadet Pertahanan Awam (KPA), Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Sebelum aktiviti dijalan, semua murid berkumpul di dataran SAMTAJ bagi mendengar sedikit taklimat yang disampaikan oleh Penyeleras Badan Beruniform. Kemudian, semua murid bergerak menuju ke tempat perjumpaan masing-masing.

Pada perjumpaan kali ini, 3 badan beruniform iaitu Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Bulan Sabit Merah telah bergabung untuk melakukan latihan kawad kaki di dataran SAMTAJ manakala badan beruniform lain melakukan latihan kawad kaki di sekitar kawasan sekolah. Selesai perjumpaan, semua murid berkumpul di surau untuk menunaikan solat Asar secara berjemaah sebelum balik ke rumah dan asrama.