2 Februari 2017

Selamat Datang Pengetua Baru

Pada 23 Januari 2017, SAMTAJ telah menerima pengetua baru iaitu Tuan Mohamad Ngisa bin Shaien yang menggantikan mantan pengetua yang telah bersara pada bulan November 2016. 

Pada 2 Februari 2017 merupakan pertemuan pertama beliau bersama guru-guru dan semua murid. Kehadiran yang sememangnya ditunggu-tunggu disambut dengan sederhana dan penuh kesyukuran. Sesi taaruf / suai kenal telah diadakan semasa perhimpunan pagi yang bertempat di dataran SAMTAJ. 

Seluruh warga SAMTAJ ingin mengucapkan "selamat datang dan selamat menjalankan tugas" kepada Tuan Ngisa. Semoga dengan kedatangan pengetua baru ke sekolah kami bakal meneruskan dan memantapkan lagi kecemerlangan yang dibina di SAMTAJ.

Pengetua baru SAMTAJ, Tuan Mohamad Ngisa

Tuan pengetua menyampaikan ucapan di hadapan murid SAMTAJ 



Tuan pengetua bersama PK HEM