11 Mac 2017

Pertandingan Bola Jaring Sempena Karnival Hari Wanita Sedunia

Pada 11 Mac 2017 (Sabtu) pihak sekolah telah menghantar 1 pasukan bola jaring kategori bawah 18 tahun ke Pertandingan Bola Jaring sempena Karnival Hari Wanita Sedunia anjuran Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bertempat di Gelanggang Berbumbung & Berjaring di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar (belakang pejabat MDSB)

Pertandingan bola jaring ini terbuka kepada 2 kategori iaitu kategori terbuka dan kategori bawah 18 tahun. Hadiah kepada para pemenang disampaikan pada majlis perasmian yang diadakan pada 12 Mac 2017 (Ahad) bertempat di Stadium Sungai Besar.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring sekolah, Menang atau kalah adat pertandingan. Semoga berjaya di dalam pertandingan bola jaring peringkat MSSD pula.


Pemain bola jaring

Pemain bersama pengurus pasukan

Bergambar sebelum permainan dimulakan

Sijil penyertaan dan medal

Medal