السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PEMATUHAN TERHADAP NORMAL BARU SEMASA BERADA DI SEKOLAH

BERKUATKUASA MULAI 14 JULAI 2020 HINGGA TAMAT PKPP

(PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR)

 

1. HADIR KE SEKOLAH / PULANG KE RUMAH

  • Pelajar hanya boleh menggunakan pintu no 1 sahaja. Pintu no 2 adalah untuk para guru.
  • Pelajar WAJIB mengimbas suhu badan di kaunter yang ditetapkan. Sila beratur dengan jarak 1 meter dari pelajar lain. 
  • Sekiranya bacaan suhu 37.5 ke atas, pelajar dikehendaki balik dan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
  • Pelajar bergejala tidak dibenarkan sama sekali masuk ke kawasan sekolah.

2. MASUK KE KELAS IKUT LALUAN DITETAPKAN

  • Setelah suhu diambil dan dicatatkan pada buku yang disediakan, pelajar hendaklah segera masuk ke kelas melalui laluan yang bertanda anak panah berwarna HIJAU.
  • Kemudian pelajar WAJIB membasuh tangan menggunakan hand sanitizer yang diletakkan di hadapan pintu masuk kelas.
  • Ketua kelas / penolong hendaklah mengambil kehadiran seperti biasa mulai jam 7.30 hingga 8.30 pagi.

3. KETIKA BERADA DALAM KELAS

  • Duduk di kerusi yang ditetapkan. Pelajar dilarang keras menukar kerusi / meja atau mengubah kedudukan kerusi/meja yang telah disusun mengikut SOP penjarakan sosial.
  • Oleh kerana tiada perhimpunan pagi maka pelajar wajib membaca al Quran di dalam kelas sebelum PdPc bermula.

4. PENGGUNAAN TANDAS

  • Pelajar tidak dibenarkan ke tandas melainkan untuk qada hajat.
  • Keluar kelas melalui laluan bertanda anak panah berwarna MERAH.
  • Hanya 2 orang pelajar sehaja dibenarkan masuk ke tandas pada satu-satu masa.
  • Jaga jarak 1 meter dari kawan anda.
  • Sinki yang bertanda X tidak boleh digunakan.
  • Sebelum keluar tandas, sila basuh tangan dengan sabun yang disediakan.

5. WAKTU REHAT

  • Sila patuhi penggiliran waktu rehat seperti berikut :

1. Jam 10.00 – 10.30 pagi : Tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja

2. Jam 10.30 – 11.00 pagi : Tingkatan 4 dan 5 sahaja

  • Gunakan laluan yang telah ditetapkan untuk ke kantin. Sila beratur dengan jarak 1 meter semasa membeli makanan.
  • Pelajar hanya boleh makan di dalam kelas di tempat duduk masing- masing. Selepas makan pastikan bekas makanan dan minuman diletakkan ke dalam tong sampah.
  • Pelajar juga digalakkan membawa peralatan makan seperti sudu dan garfu dari rumah
  • Masa rehat hanya setengah jam. Jangan ambil masa melebihi masa ditetapkan.

6. ASRAMA

  • Mematuhi ketetapan yang dibuat oleh KPM di mana hanya katil bawah sahaja boleh digunakan oleh pelajar, maka pelajar yang tinggal melebihi 10 KM dari sekolah sahaja dibenarkan tinggal di asrama. 
  • Mereka yang tinggal dalam lingkungan 10 KM dari sekolah dikehendaki berulang dari rumah untuk sementara waktu sehingga diberi kebenaran oleh KPM untuk kembali semula ke asrama.
  • Langkah ini terpaksa pihak sekolah ambil kerana asrama SAMTAJ tidak dapat menampung semua pelajar kerana terpaksa mematuhi SOP penjarakan sosial yang telah ditetapkan oleh pihak KPM.
  • Pelajar yang layak untuk tinggal di asrama (pelajar jauh) hendaklah mendaftar diri pada 14 Julai 2020 (Selasa) mulai jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan :

ü  Hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk ke dalam dorm.

ü  Sila ambil suhu di pondok pengawal keselamatan dan rekodkan pada buku yang disediakan.

ü  Pakai pelitup mulut sekiranya bergejala (asma, batuk, selesema dan lain-lain).

ü  Sentiasa menjaga jarak 1 meter dari rakan lain.

ü  Sentiasa patuh arahan pengurusan asrama dari masa ke semasa.

ü  Setelah melapor diri pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah.

ü  Jangan lupa bawa KUNCI ALMARI / LOCKER.

  • Pelajar hanya boleh tinggal di dorm yang telah ditetapkan dan tidur di katil yang telah ditentukan.
  • Tidak boleh menukar dorm atau katil sesuka hati tanpa kebenaran pihak pengurusan asrama.
  • Sentiasa menggunakan laluan yang telah ditetapkan untuk ke tandas atau dewan makan. Gunakan tandas yang telah ditentukan sahaja.
  • Patuhi jadual penggiliran makan di dewan makan (jika dijadualkan)

 7. SURAU

  • Surau sudah boleh digunakan untuk solat berjemaah.
  • Bagaimanapun pihak sekolah menggalakkan pelajar yang berulang solat di rumah bagi mengelakkan kesesakan di surau.
  • Pelajar asrama dibenarkan solat berjemaah di surau dengan syarat sentiasa menjaga penjarakan sosial.

8. PENGETAHUAN TENTANG COVID 19 DAN SOP PKPP

  • Pelajar hendaklah sentiasa peka dan ambil cakna tentang langkah-langkah pencegahan penularan Covid 19 dengan sering membaca poster-poster berkaitan yang ditampal di dalam kelas atau di papan kenyataan.

Sama-samalah kita mematuhi SOP mengenai pencegahan penularan Covid 19 serta menghayati mutia kata “الوقاية خير من العلاج    “ Mencegah lebih baik daripada merawat”

SEKIAN, TERIMA KASIH.