PERMOHONAN SECARA ONLINE KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH, SESI 2013.

DIBUKA PADA 15 SEPT HINGGA 31 OKTOBER 2012.

KETERANGAN LANJUT, SILA KLIK DI SINI.


Daripada Tinta Tuan Pengetua

Assalamualaikum. Bagi pihak warga SAMTAJ, 
saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H, 
dengan harapan kita telah menyempurnakan ibadah puasa pada bulan Ramadan dengan sempurna selain mendidik kita untuk dekat dengan Yang Maha Esa.
Mudah-mudahan dapatlah kita menyambut hari raya dengan membesarkan Allah, bukan sekadar berhibur semata. 
Insya-Allah kita dapat bertemu-Nya dengan kebahagiaan.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.

PENARAFAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2012

SSQS kembali!! Pada tahun lepas, SAMTAJ telah berjaya mencapai tahap 4 bintang. Sasaran oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor pada tahun ini ialah 5 bintang. Oleh itu, pihak sekolah akan cuba untuk memastikan agar warga SAMTAJ mencapai 5 bintang dalam penggunann ICT. Insya-Allah. Klik sini untuk ke laman SSQS 

Warga SAMTAJ mendoakan agar calon-calon PMR 2012 SAMTAJ dapat menempuh peperiksaan percubaan PMR dengan tenang serta dapat menjawab soalan dengan baik. Laksanakanlah dengan sebaik mungkin. Insya-Allah anda akan berjaya. 


 TAKLIMAT RINGKAS OLEH GURU KAUNSELING (PN. NURFAIZAH)


PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK (PPPA) 2012

Perhatian kepada semua guru dan calon PMR & SPM, pihak Jabatan Pelajaran Selangor telah pun mengeluarkan jadual waktu untuk Peperiksaan Percubaan PMR & SPM 2012. Skema jawaban akan dimuat naik sehari selepas tarikh peperiksaan bagi setiap kertas. Berikut ialah jadual waktu percubaan:

KLIK DI SINI untuk memuat turun skema jawaban.

JADUAL WAKTU PERCUBAAN PMR 2012


JADUAL WAKTU PERCUBAAN SPM 2012